Friday, September 2, 2011

Keadilan Makan Ayam

Semasa kecil dahulu, saya tak pernah melihat rendang ayam dijamu seketul-seketul besar seperti sekarang, melainkan dihiris-hiris sebesar hujung jari telunjuk sehingga hampir sebati dengan awas-awas rendang. Maklumlah...nak sembelih ayam sebulan sekali pun susah...!
Orang tua-tua dahulu memberi petua: Tak boleh makan pedal ayam.nanti susah bersunat. liat konon!.. Jangan makan tengkuk ayam,nanti terlentok-lentok semasa bersanding... Benih-benih telur ayam yang terdapat dalam perut ibu ayam hanya boleh dimakan oleh perempuan yang lanjut umur. Orang lain boleh jadi mandul..
Bijak...bijak...memang bijak. Kalau tak buat petua seperti itu, habis dikebas oleh anak-anak. Nenek dan ibubapa tak merasa. Sekarang, mana ada petua seperti ini? Kanak-kanak sekarang tak pandang pun tengkuk ayam, ataupun pedal ayam. Hati ayam pun mereka tak minat..

No comments: