Saturday, September 10, 2011

Negara Kebajikan

Saya masih ingat dalam tahun tahun 1980an ada orang orang kanan dalam PTD mengatakan Dr Mahathir tidak berkenan mendengar mana mana menteri atau pegawai memperkatakan sebarang cadangan untuk memperkenalkan konsep "Welfare State" dalam pentadbiran kerajaan. Semasa saya bertanggung jawab menyediakan Kertas Dasar mengenai sistem pencen, adalah seorang menteri kabinat yang saya kira sangat cenderung memperkenal konsep tersebut. Beliau sendiri antara lain pernah berkata kepada saya,"We are moving towards Welfare State you know!".
Bunyinya memang sedap, tambahan pula konsep dan program berkenaan telah dipopularkan di beberapa buah negara Barat ketika itu. Orang orang yang malas bekerja memang suka dan menyokong pelaksanaan konsep ini kerana, antaranya, dapat makan percuma. DI LOS Angeles saya lihat ramai orang orang seperti ini beratur untuk mendapatkan kupon makanan percuma. Mereka datang dengan kereta kereta besar.
Saya setuju dengan pendapat Dr Mahathir ketika itu bahawa program seperti itu boleh menggalakkan lebih ramai orang malas bekerja. Sekali sekala beratur untuk dapatkan bubur lambuk tak apalah, tapi jangan diamalkan sehingga boleh melewatkan solat!

No comments: