Friday, September 2, 2011

Nasihat Berbeza dari 2 Orang Pegawai Daerah

Seminggu selepas habis peperiksaan akhir Sarjana Muda, pada awal tahun 1968, saya ditawarkan jawatan Pegawai 'Sangkut' di Daerah Hilir Perak. Hari pertama saya dibawa pusing-pusing kawasan Teluk Intan oleh Pegawai Daerah A (nama dirahsiakan). Dalam kereta beliau memberi nasihat, "Jangan pandang rendah pegawai kerani kerana mereka banyak pengalaman. Belajar dari mereka tentang cara kerja." Seminggu selepas itu beliau bertukar ke sebuah Kementerian di Kuala Lumpur.

Dua bulan kemudian, saya mendapat keputusan lulus BA(Hons) dan menerima arahan bertukar ke Kementerian Dalam Negeri sebagai pegawai sementara PDLN (Perkhidmatan Pegawai Dalam dan Luar Negeri). Saya terus jumpa Pegawai Daerah B yang baru (tetapi orang lama) untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Dia memandang saya atas ke bawah lalu berkata dalam bahasa Inggeris,"You can go.... You don't belong to us." Saya terus keluar dari biliknya tanpa berkata apa-apa..

Dari segi teknik komunikasi dalam pengurusan, saya terhutang budi kepada Pegawai Daerah A..

No comments: