Sunday, September 18, 2011

BENDERA BARU

Ada hati beberapa orang joker nak ubah Sejarah Negara dan Bendera Malaysia supaya tidak lagi nampak gemilang. Kita pun tak tahu macam mana rupanya. Munkin reka bentuknya ada kosong ditengah, bulat seperti bulan, dikelilingi 14 anak bintang berwarna merah. Tapaknya berjalur biru muda dan hijau tua berbentuk ombak laut. Di penjuru atas sebelah kiri ada sebiji mata yang sentiasa berubah ubah-sekejap terbeliak marah sekejap senyum sinis lebar. Baiklah saya beri nama yang paling bersejarah yaitu "JOKER TEMELANG". Jangan marah!

Thursday, September 15, 2011

Ucapan Hari Malaysia

Perdana Menteri telah membuat pengisytiharan yang amat penting dalam sejarah Pentadbiran Negara. Paling terkejut ialah mereka yang selalu mengkeritik Undang undang ISA dan Undang undang Dharurat. Mereka yang bercita cita menumbangkan Kerajaan sekarang pastinya sedikit keciwa kerana dengan sekelip mata peluang untuk menyumbat pemimpin sekarang kedalam Kem Tahanan ISA 'kalaulah' mereka berjaya mengambil alih kuasa tidak lagi mudah dilakukan. Tahniah Datuk Seri. Padan muka mereka. Teman tetap teruja.

Salam Kepada Tok Guru

Semua Tok Guru yang saya temui kata bahawa ucapan salam itu adalah doa untuk kesejahteraan orang yang ditemui. Setiap salam wajib dijawab.
Pada suatu hari sedang saya berbincang sesuatu dengan Tok Pa di Lapangan Terbang KL, Tok Guru berjalan menghampiri tempat kami berdiri.Tok Pa mengucapkan salam dan terus bersalam dengan penuh hormat. Setelah mereka bertukar khabar, saya menyua tangan untuk memberi salam hormat dengan ucapan 'Assalaamualaikum'. Alangkah malunya saya apabila Tok Guru terus berlalu tanpa menyambut atau menjawab salam saya.

Saturday, September 10, 2011

Pekasam Negara

Salah sebuah projek terbesar di Daerah Kecil Lenggong, Perak ialah Pusat Pekasam Negara. Bunyinya seolah olah setanding dengam nama nama besar seperti Masjid Negara, Stadium Negara, Muzium Negara dan sebagainya. Bangunan bangunan kompleks berkenaan telah siap dalam tahun 2008 dan promo besaran telah juga dilakukan. Model bungkusan pekasam pun telah disediakan. Designnya cukup menarik. Silap haribulan pelancong yang suka mencuba cuba akan terbeliak biji mata apabila cuba melahap isi kandungan tanpa mengetahui cara penyediaan dan memakannya dengan betul.

Entah kenapa sambutan daripada pengusaha pekasam tidak menggalakkan. Akhirnya papan tanda 'Pekasamn Negara' dibuang dan digantikan dengan " Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan". Tak nampak sebarang aktiviti dari jalan raya kerana keliling pagarnya dilitupi semak samun tak terurus. Ini baru betul 'pekasam'! Jangan marah!

Negara Kebajikan

Saya masih ingat dalam tahun tahun 1980an ada orang orang kanan dalam PTD mengatakan Dr Mahathir tidak berkenan mendengar mana mana menteri atau pegawai memperkatakan sebarang cadangan untuk memperkenalkan konsep "Welfare State" dalam pentadbiran kerajaan. Semasa saya bertanggung jawab menyediakan Kertas Dasar mengenai sistem pencen, adalah seorang menteri kabinat yang saya kira sangat cenderung memperkenal konsep tersebut. Beliau sendiri antara lain pernah berkata kepada saya,"We are moving towards Welfare State you know!".
Bunyinya memang sedap, tambahan pula konsep dan program berkenaan telah dipopularkan di beberapa buah negara Barat ketika itu. Orang orang yang malas bekerja memang suka dan menyokong pelaksanaan konsep ini kerana, antaranya, dapat makan percuma. DI LOS Angeles saya lihat ramai orang orang seperti ini beratur untuk mendapatkan kupon makanan percuma. Mereka datang dengan kereta kereta besar.
Saya setuju dengan pendapat Dr Mahathir ketika itu bahawa program seperti itu boleh menggalakkan lebih ramai orang malas bekerja. Sekali sekala beratur untuk dapatkan bubur lambuk tak apalah, tapi jangan diamalkan sehingga boleh melewatkan solat!

Friday, September 9, 2011

Melegakan Sakit Gigi / Bengkak Gusi

Jika anda diserang sakit gigi atau bengkak gusi, dapatkan 3 penyepit baju yang tidak terlalu keras. Kalau kesakitan berlaku disebelah gaham kanan, sepitkan pada kuku jari hantu, jari manis dan jari kelingking tangan kanan. Jika kesakitan berlaku dibahagian gaham sebelah kiri, lakukan kaedah yang sama pda 3 jari jari berkenaan ditangan kiri. Biarkan selama 45 minit hingga sejam.
InsyaAllah kesakitan akan hilang tanpa perlu mengambil sebarang ubat.Tapi jika ia
tidak memberi kesan apa apa, lekaslah berjumpa doktor kerani dikhuatiri anda diserang penyakit yang lebih serius.

Antara Cara Penjagaan Kesihatan Mata

Urut dengan menggunakan kedua dua ibu jari atau jari hantu keatas tepi tulang keliling mata dan atas kening. Tekan kira kira 7 saat titik demi titik. Tekan preasure point antara pangkal kening dan titik tengah antara hidung dan bibir atas. Amalkan makan banyak buah buahan dan sayuran terutamanya yang berwarna merah dan oren. Boleh juga dibantu dengan mengambil vitamin B kompleks, Bio C dan buah GOJI.

Thursday, September 8, 2011

Sedapnya Kepala Ikan

Meratah kepala ikan memang sedap, tapi jaga jaga jangan jadikan amalan terlalu kerap. Kata orang anda boleh jadi seorang pelupa. Benar atau tidak tak dapat saya pastikan. Yang pasti satu kepala ikan ada dua biji mata sahaja, dua belah isi pipi yang nipis dan sedikik tisue lendir yang bercerup bila dikunyah. Yang banyak hisap tulang keras sahaja. Bahagian yang sedap terlalu sedikit untuk dikongsi.
Kepala ikan bilis pun sedap juga, tapi kadar kolesterolnya amat tinggi. Kepala ikan kembung dan sardin? Eloklah sedekahkan kepada kucing sebagai upah tangkap tikus!

Berhenti Merokok

Anda atau kenalan anda nak berhenti merokok? Dengan niat ikhlas kerana Allah, cuba lakukan seperti berikut:-
1) Picit tiap tiap hujung jari. Gunakan ibu jari dan ruas tengah jari telunjuk. Perokok biasanya terasa pedih menyengat apabila hujung jarinya dipicit. Itu tandanya anda telah melakukannya dengan betul, dan tenaga letrik yang dihantar melalui hujung saraf berkenaan mula bertindak membersihkan sel sel otak yang telah dicemari oleh nikotin dari asap rokok.
2) Tekan dengan hujung ibujari secara menegak keatas permukaan bahagian tapak tangan di bawah pangkal jari. Ini bertujuan membersihkan kecemaran yang telah menyelaputi rongga paru paru.
3) Ketika perut kosong (terutamanya sebelum sarapan dan sebelum tidur) lakukan "deep breathing". Tarik nafas panjang panjang hingga gelembung bahagian anggota perut.Dua sa'at berikutnya, kempiskan perut secara mengejut dan berombak berturutan 4 atau 5 kali meletuskan keluar udara kotor dari paru paru. Lakukan 3-5 kali setiap sesi.
4) Sentisa bawa bekal tablet vitamin 'c' yang yang dirumuskan dari bahan tumbuhan. Jangan beli yang murah.Rokok lagi mahal. Belilah yang berkualiti walau pun mahal sedikit. Apabila terasa nak merokok, hisap sebiji Bio C untuk hilangkan ketagihan.
5) Amalkan makan buah buahan dan sayuran/ulaman setiap hari.Lebih banyak lagi baik.
InsyaAllah hasilnya berkesan dalam tempoh tak lebih 3 bulan tanpa kesan sampingan yang sering ditakuti.

Tuesday, September 6, 2011

Nak Kurangkan Berat Badan?

Dieting bukan cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan! Apa perlunya kita "skip breakfast, lunch or dinner" atau kurangkan makan sehingga sanggup menahan lapar?
Untuk sarapan amalkan makan buah buahan - sehingga sekenyang kenyangnya pun tak apa. Minum jus buahan yang diperah segar, bukan susu atau jus yang telah dibotol atau ditinkan. Tembikai, nenas, pisang, durian-semuanya ok asalkan dimakan mantah. Tapi jangan diambil bersama makanan lain kerana cara ini akan menyebabkan kecemaran dalam perut.
Waktu rehat bolehlah mengambil makanan dan minuman yang ringan, asalkan kurang berminyak seperti roti canai dan mee goreng.
Makan tengahari dan makan malam jangan dikecualikan daripada rutin harian.Tapi...tapi...nak makan banyak pun silalah...cuma kadarnya lebihkan salad, ulam dan sup sayuran dalam setiap sajian. Belajarlah cara penyediaannya supaya anda sentiasa berselera.
Bagi penggemar makanan berprotin, kurangkan pengambilan daging, susu, telur, keju dan makanan berminyak, dan dihidang tak lebih sekali sehari.

Cuci Mulut??

Betulkah buah buahan berfungsi sebagai pencuci mulut? Tahukah anda amalan ini boleh mengakibatkan masalah kegemukan? Atau kembung perut?
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan kita mengambil buah buahan sebelum makan. Kajian menunjukkan seelok eloknya 30 minit sebelum makan. Kalau buah dimakan bersama makanan lain atau sebaik sahaja lepas makan, ia akan terperangkap bersama makanan lain yang mengambil masa sekurang kurangnya 3 atau 4 jam untuk hadham. Itupun kalau sistem penghadhaman berfungsi dengan baik.
Buah berkenaan akan membusuk, menimbulkan masalah acidity dalam perut.Toksid yang terperangkap itu akan disedut melalui usus kecil kedalam tisu tisu lemak dalam badan. Air diperlukan untuk menutralkan acidity dalam lemak badan. Ini adalah antara faktur mempercepatkan peroses penambahan berat badan.
Untuk makluman kebanyakan buah buahan memerlukan tempoh 30 minit sahaja untuk hadham jika diambil secara berasingan.

Friday, September 2, 2011

Nasihat Berbeza dari 2 Orang Pegawai Daerah

Seminggu selepas habis peperiksaan akhir Sarjana Muda, pada awal tahun 1968, saya ditawarkan jawatan Pegawai 'Sangkut' di Daerah Hilir Perak. Hari pertama saya dibawa pusing-pusing kawasan Teluk Intan oleh Pegawai Daerah A (nama dirahsiakan). Dalam kereta beliau memberi nasihat, "Jangan pandang rendah pegawai kerani kerana mereka banyak pengalaman. Belajar dari mereka tentang cara kerja." Seminggu selepas itu beliau bertukar ke sebuah Kementerian di Kuala Lumpur.

Dua bulan kemudian, saya mendapat keputusan lulus BA(Hons) dan menerima arahan bertukar ke Kementerian Dalam Negeri sebagai pegawai sementara PDLN (Perkhidmatan Pegawai Dalam dan Luar Negeri). Saya terus jumpa Pegawai Daerah B yang baru (tetapi orang lama) untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Dia memandang saya atas ke bawah lalu berkata dalam bahasa Inggeris,"You can go.... You don't belong to us." Saya terus keluar dari biliknya tanpa berkata apa-apa..

Dari segi teknik komunikasi dalam pengurusan, saya terhutang budi kepada Pegawai Daerah A..

Keadilan Makan Ayam

Semasa kecil dahulu, saya tak pernah melihat rendang ayam dijamu seketul-seketul besar seperti sekarang, melainkan dihiris-hiris sebesar hujung jari telunjuk sehingga hampir sebati dengan awas-awas rendang. Maklumlah...nak sembelih ayam sebulan sekali pun susah...!
Orang tua-tua dahulu memberi petua: Tak boleh makan pedal ayam.nanti susah bersunat. liat konon!.. Jangan makan tengkuk ayam,nanti terlentok-lentok semasa bersanding... Benih-benih telur ayam yang terdapat dalam perut ibu ayam hanya boleh dimakan oleh perempuan yang lanjut umur. Orang lain boleh jadi mandul..
Bijak...bijak...memang bijak. Kalau tak buat petua seperti itu, habis dikebas oleh anak-anak. Nenek dan ibubapa tak merasa. Sekarang, mana ada petua seperti ini? Kanak-kanak sekarang tak pandang pun tengkuk ayam, ataupun pedal ayam. Hati ayam pun mereka tak minat..