Sunday, September 18, 2011

BENDERA BARU

Ada hati beberapa orang joker nak ubah Sejarah Negara dan Bendera Malaysia supaya tidak lagi nampak gemilang. Kita pun tak tahu macam mana rupanya. Munkin reka bentuknya ada kosong ditengah, bulat seperti bulan, dikelilingi 14 anak bintang berwarna merah. Tapaknya berjalur biru muda dan hijau tua berbentuk ombak laut. Di penjuru atas sebelah kiri ada sebiji mata yang sentiasa berubah ubah-sekejap terbeliak marah sekejap senyum sinis lebar. Baiklah saya beri nama yang paling bersejarah yaitu "JOKER TEMELANG". Jangan marah!

Thursday, September 15, 2011

Ucapan Hari Malaysia

Perdana Menteri telah membuat pengisytiharan yang amat penting dalam sejarah Pentadbiran Negara. Paling terkejut ialah mereka yang selalu mengkeritik Undang undang ISA dan Undang undang Dharurat. Mereka yang bercita cita menumbangkan Kerajaan sekarang pastinya sedikit keciwa kerana dengan sekelip mata peluang untuk menyumbat pemimpin sekarang kedalam Kem Tahanan ISA 'kalaulah' mereka berjaya mengambil alih kuasa tidak lagi mudah dilakukan. Tahniah Datuk Seri. Padan muka mereka. Teman tetap teruja.

Salam Kepada Tok Guru

Semua Tok Guru yang saya temui kata bahawa ucapan salam itu adalah doa untuk kesejahteraan orang yang ditemui. Setiap salam wajib dijawab.
Pada suatu hari sedang saya berbincang sesuatu dengan Tok Pa di Lapangan Terbang KL, Tok Guru berjalan menghampiri tempat kami berdiri.Tok Pa mengucapkan salam dan terus bersalam dengan penuh hormat. Setelah mereka bertukar khabar, saya menyua tangan untuk memberi salam hormat dengan ucapan 'Assalaamualaikum'. Alangkah malunya saya apabila Tok Guru terus berlalu tanpa menyambut atau menjawab salam saya.

Saturday, September 10, 2011

Pekasam Negara

Salah sebuah projek terbesar di Daerah Kecil Lenggong, Perak ialah Pusat Pekasam Negara. Bunyinya seolah olah setanding dengam nama nama besar seperti Masjid Negara, Stadium Negara, Muzium Negara dan sebagainya. Bangunan bangunan kompleks berkenaan telah siap dalam tahun 2008 dan promo besaran telah juga dilakukan. Model bungkusan pekasam pun telah disediakan. Designnya cukup menarik. Silap haribulan pelancong yang suka mencuba cuba akan terbeliak biji mata apabila cuba melahap isi kandungan tanpa mengetahui cara penyediaan dan memakannya dengan betul.

Entah kenapa sambutan daripada pengusaha pekasam tidak menggalakkan. Akhirnya papan tanda 'Pekasamn Negara' dibuang dan digantikan dengan " Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan". Tak nampak sebarang aktiviti dari jalan raya kerana keliling pagarnya dilitupi semak samun tak terurus. Ini baru betul 'pekasam'! Jangan marah!

Negara Kebajikan

Saya masih ingat dalam tahun tahun 1980an ada orang orang kanan dalam PTD mengatakan Dr Mahathir tidak berkenan mendengar mana mana menteri atau pegawai memperkatakan sebarang cadangan untuk memperkenalkan konsep "Welfare State" dalam pentadbiran kerajaan. Semasa saya bertanggung jawab menyediakan Kertas Dasar mengenai sistem pencen, adalah seorang menteri kabinat yang saya kira sangat cenderung memperkenal konsep tersebut. Beliau sendiri antara lain pernah berkata kepada saya,"We are moving towards Welfare State you know!".
Bunyinya memang sedap, tambahan pula konsep dan program berkenaan telah dipopularkan di beberapa buah negara Barat ketika itu. Orang orang yang malas bekerja memang suka dan menyokong pelaksanaan konsep ini kerana, antaranya, dapat makan percuma. DI LOS Angeles saya lihat ramai orang orang seperti ini beratur untuk mendapatkan kupon makanan percuma. Mereka datang dengan kereta kereta besar.
Saya setuju dengan pendapat Dr Mahathir ketika itu bahawa program seperti itu boleh menggalakkan lebih ramai orang malas bekerja. Sekali sekala beratur untuk dapatkan bubur lambuk tak apalah, tapi jangan diamalkan sehingga boleh melewatkan solat!

Friday, September 9, 2011

Melegakan Sakit Gigi / Bengkak Gusi

Jika anda diserang sakit gigi atau bengkak gusi, dapatkan 3 penyepit baju yang tidak terlalu keras. Kalau kesakitan berlaku disebelah gaham kanan, sepitkan pada kuku jari hantu, jari manis dan jari kelingking tangan kanan. Jika kesakitan berlaku dibahagian gaham sebelah kiri, lakukan kaedah yang sama pda 3 jari jari berkenaan ditangan kiri. Biarkan selama 45 minit hingga sejam.
InsyaAllah kesakitan akan hilang tanpa perlu mengambil sebarang ubat.Tapi jika ia
tidak memberi kesan apa apa, lekaslah berjumpa doktor kerani dikhuatiri anda diserang penyakit yang lebih serius.

Antara Cara Penjagaan Kesihatan Mata

Urut dengan menggunakan kedua dua ibu jari atau jari hantu keatas tepi tulang keliling mata dan atas kening. Tekan kira kira 7 saat titik demi titik. Tekan preasure point antara pangkal kening dan titik tengah antara hidung dan bibir atas. Amalkan makan banyak buah buahan dan sayuran terutamanya yang berwarna merah dan oren. Boleh juga dibantu dengan mengambil vitamin B kompleks, Bio C dan buah GOJI.